Tunggang Uji: CCW Tha Ace

ace bg 2 copy

Gaya motosikal retro klasik kini menjadi buruan ramai di Malaysia. Berbagai model motosikal klasik ini telah dikeluarkan oleh pembina motosikal di seluruh dunia. Ini termasuklah pembina British, Jerman, Itali dan juga Jepun. Paling unik ialah pengeluar Cleveland Cyclewerks (CCW) yang beribu pejabat di Cleveland, Amerika. Yang menarik mengenai syarikat ini ialah motosikalnya di rekabentuk di Cleveland dan kemudian dibina di China. Ini menjanjikan produk yang mempunyai nilai aesthetik yang tinggi – tetapi masih mampu milik. Continue reading

Produk Reviu: Kriega Tailpack

US10

Kriega Drybag US10 yang dipasang pada tangki motosikal

Bila mengembara dengan motosikal untuk tempoh melebihi satu hari, memang tak dinafikan yang kita perlu membawa banyak barang seperti pakaian, barangan bilik mandi, selipar (memang nikmat pakai selipar jepun setelah seharian memakai boot) dan juga pakaian dalaman. Sekiranya anda tidak mempunyai ‘panniers, bag sandang boleh digunakan. Akan tetapi kebanyakan penunggang motosikal tidak selesa menunggang dengan menyandang bag yang berat dibelakang mereka. Satu pilihan yang ada dipasaran ialah Kriega Tailpacks. Continue reading

Ikon Moto: Influens motosikal moden

gilera rondine2

Kebolehan mempengaruh adalah satu sifat yang penting dalam definasi sebuah ikon. Dalam bidang kejuruteraan, influens sebuah rekaan dikatakan mampu mengilhamkan cara sesuatu objek ditafsirkan oleh generasi selepasnya. Berikut adalah jentera inovasi yang ditiru, diikut dan disalin oleh kebanyakan pengeluar motosikal seluruh dunia. Inilah pemangkin motosikal era moden. Continue reading

Kustom: Suzuki GS550 Anuar Asikin Atan

IMG_5349

“Duit aku, suka hati aku nak buat macam mana pun” terang Anuar Asikin Atan, pemilik kustom local isu ini. Motosikal Suzuki GS550 dibeli lima tahun dahulu hasil wang simpanan peribadinya. Dalam tempoh tersebut, jentera kesayangan ini ditunggang hari-hari dan dibela umpama menatang minyak yang penuh. Hasilnya, jentera setia ini telah membalas budi pemiliknya berlipat ganda. Tanpa menghiraukan cuaca, panas atau hujan, motorsikal retro klasik ini dengan gighnya memastikan tuannya selamat sampai kedestinasi. Mari checkout jentera buas GS550 milik Anuar. Continue reading

CHOOSING A HIGH PAY, LOW STRESS CAREER

main bg

One question that always bug wannabe bikers; How can I afford these wonderful beautiful machines? Fret no more because if you’re into gorgeous bikes and desire a career that allows both freedom of time and money, perhaps you should give optometry a try. The medical and health care field is an industry which continuously prospers regardless of a country’s financial situation or economic rank. It is because there will always be people who are in need of medical attention and usually, individuals do not give it a second thought when it comes to spending for improved health. Here are a few good reasons why optometry can be a good career choice for you. Continue reading