Tunggang Uji: CCW Tha Ace

ace bg 2 copy

Gaya motosikal retro klasik kini menjadi buruan ramai di Malaysia. Berbagai model motosikal klasik ini telah dikeluarkan oleh pembina motosikal di seluruh dunia. Ini termasuklah pembina British, Jerman, Itali dan juga Jepun. Paling unik ialah pengeluar Cleveland Cyclewerks (CCW) yang beribu pejabat di Cleveland, Amerika. Yang menarik mengenai syarikat ini ialah motosikalnya di rekabentuk di Cleveland dan kemudian dibina di China. Ini menjanjikan produk yang mempunyai nilai aesthetik yang tinggi – tetapi masih mampu milik.

Secara amnya, motosikal Cleveland Cyclewerks adalah diantara yang termurah di Malaysia yang mempunyai gaya retro klasik ini. Resipi mereka adalah agak mudah. Sebuah enjin berasaskan Honda 70’an yang terkenal dengan kebolehpercayaan dan digabungkan dengan kos rendah pembuatan di China berserta kawalan kualiti negara Barat. Oh ya, tak lupa rekabentuk vintej yang menjerit diminta untuk dikustomkan oleh pemilik. Ace adalah model universal Cleveland Cyclewerks yang dijangkakan akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
ace bg 3 copy
Tarikan jentera ini adalah kepelbagaian kemungkinan yang boleh dilakukan terhadapnya sebagai sebuah asas binaan projek kustom. Sebagai sebuah motorsikal standard, ia bukan sebuah cruiser, tracker atau sportsbike. Rekabentuknya retro klasik dengan kerangka mudah,
kedudukan pelana yang rendah dan berat jentera yang cukup ringan.

Dimana kebanyakan pengeluar memilih untuk memuatkan sebanyak mana teknologi dan ciri-ciri mantap yang tak semestinya membantu, pemilihan CCW untuk menghasilkan sebuah jentera asas boleh dikatakan cukup segar. Tha Ace memiliki teknologi sederhana. Ia dikuasakan oleh enjin 250 cc sejukan udara yang mampu menjanakan kuasa sehingga 17 hp. OK, mungkin tidak sepantas motosikal lain dipasaran tetapi percayalah, setiap keluaran CCW datang dengan ruang untuk dinaik taraf mengikut selera individu. Ia umpama satu kanvas kosong dari CCW. Anda boleh tunggang seperti standard atau bina semula secara kreatif. The Ace lahir daripada keperluan asas penunggangan motosikal. Inilah kraf tulen seni pembinaan rekabentuk motosikal.
IMG_2912
Kami menunggang motosikal Ace yang dibekalkan CCW Malaysia untuk menguji prestasinya diatas jalanraya Malaysia. Jelas motosikal ini cukup mudah dikendalikan. Beratnya yang hanya 135kg membuatkan ia dapat mencilok dengan mudah di atas jalanraya Malaysia. Pengendalianya pun agak mantap. Sistem suspensi memberi tindakbalas yang baik, dan dapat menyerap hentakan jalanraya dengan mudah, walaupun ditunggang oleh penunggang yang menjangkaui berat 100kg. Nyata motosikal ini dapat melakukan kebanyakan tugasan bagi sebuah motosikal di Kuala Lumpur.
IMG_2915
Apabila throttle dibuka, motosikal ini menghasilkan tork yang memadai. Ia berupaya memecut melampaui 100 km/h dengan pantas dan mudah. Tork dihasilkan pada RPM yang rendah, menjadikan pengendalianya agak santai. Sistem brek agak berkuasa bagi motosikal kategori ini. Ace dapat dihentikan dengan mudah – walaupun pada kelajuan yang tinggi. Kualiti motosikal tampak kemas dan bermutu tinggi. Pengeluaran di China dikawal rapi oleh Scott Colosimo, pengasas CCW. Hasilnya, sebuah motosikal yang mempunyai kualiti yang baik serta berspesifikasi tinggi. Bagi model Ace Deluxe, CCW menawarkan rekabentuk yang mirip scrambler dan dipasang dengan rim aluminium dan inverted forks.
IMG_2922
Lebih menarik tentang CCW Tha Ace ialah betapa ekonominya enjin motosikal ini. Ace dapat berjalan lebih dari 30km untuk setiap liter petrol. Ini menjadikannya pilihan terbaik untuk mereka yang ingin sebuah komuter yang bergaya tetapi ekonomi. Jelas Ace merupakan motorsikal terbaik untuk berulang-alik kepejabat dan sekaligus tampak hebat pada masa yang sama. Sebuah jentera yang sempurna untuk ditunggang sambil menikmati lanskap kotaraya secara santai.

IMG_2925

Leave a Reply