TEST RIDE: KAWASAKI H2R

IMG_7330Mungkin nama Kawasaki Ninja tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia bukan sahaja menjadi idaman dan kegilaan para jejaka malahan ramai juga gadis-gadis yang terpikat akan motosikal berkuasa tinggi ini. Namun apa yang lebih memeranjatkan adalah keputusan oleh Kawasaki untuk memuatkan jelmaan Ninja yang terbaru dengan enjin 998cc empat silinder sebaris, supercaj cecair sejukan yang berkemampuan untuk menghasilkan kuasa sehingga 300hp. Untuk analogi yang lebih jelas, motosikal ini mempunyai hampir tiga kali ganda lebih banyak kuasa kuda dari sebuah kereta Perodua MyVi. Sememangnya sukar untuk di percayai yang salah sebuah gergasi permotoran telah menghasilkan motorsikal untuk pengeluaran skala besar-besaran dengan kuasa kuada melebihi sebuah jentera MotoGP.

IMG_7368Keratan media dan video tentang Kawasaki Ninja H2R mendapat liputan luas dikalangan peminat permotoran seluruh dunia. Apa yang boleh dikatakan adalah Kawasaki Ninja H2R ini sememangnya sangat radikal. Bukan saja dari segi reka bentuk keseluruhannya termasuk penggunaan material, malah juga disebabkan teknologi enjin yang digunakan. Kawasaki menyatakan H2R di cipta atas dasar “Built Beyond Belief,” dan tepat sekali, mesin ini sememangnya sukar di percayai. Konsep utama di sebalik pembinaan H2R ialah untuk menawarkan kepada penunggang pengalaman pecutan yang tidak pernah dialami. Secara jujurnya, falsafah ‘Fun Ride’ yang menjadi salah satu prinsip asas Kawasaki telah diangkat ketahap yang paling ekstrim. Dengan H2R, penunggang bukan setakat bergembira, malah tidak keterlaluan untuk mengatakan ramai yang akan menjerit ketakutan apabila memulas pendikit._0261507

Kawasaki Aerospace Company memainkan peranan penting dalam rekacipta badan H2R yang menggunakan bahan serat karbon yang dirancang untuk meningkatkan sifat aerodinamik jentera. Bahagian fairing pula dibentuk untuk memaksimakan penyejukan jentera melalui peningkatan efisiensi pelepasan udara panas. Penggunaan rangka bingkai teralis besi tiub tipikal agak sedikit ganjil di sini kerana konsep teknologi tinggi H2R. Secara umumnya, rangka aluminium spar lebih terkenal dengan sifat kekuatannya tetapi jurutera Kawasaki menyatakan bahawa bingkai teralis lebih sesuai dalam menyediakan “flex seimbang” untuk pengendalian tajam dan kestabilan kelajuan tinggi tanpa perlu memanjangkan jarak roda. Jentera ini disudahi dengan sentuhan krom hitam pada tangkinya dan warna hijau Kawasaki pada bahagian kerangka yang memberikan kelainan berbanding siri Ninja yang pernah dikeluarkan jenama itu sebelum ini.

Sudah pasti tarikan utama jentera ini adalah sistem supercharger berkuasa tinggi yang dijangka mencabar kemampuan jurutera Kawasaki. Siapa sangka syarikat Jepun ini menzahirkan produksi sebuah superbike dengan padanan teknologi turbin supercharger yang mampu mengekstrak tenaga menyaingi jentera-jentera perlumbaan MotoGP. H2R Supercharger telah direka di Kawasaki Heavy Industries (KHI) Group dengan menggunakan kepakaran teknologi daripada syarikat-syarikat kumpulan seperti syarikat Turbin Gas & Jentera, Syarikat Aeroangkasa dan Bahagian Teknologi Korporat. IMG_7574

Segala rekaan bukan hanya tertumpu pada enjin tetapi juga gaya luaran bagi membantu meningkatkan kestabilan pada kelajuan yang sangat tinggi. Dilengkapi dengan fungsi kawalan cengkaman dan ABS, H2R dikatakan dapat memberikan keseimbangan dan kestabilan tunggangan pada kelajuan tinggi dalam perlumbaan. Bagi memastikan tayar motor melekap pada permukaan jalan raya, H2R mempunyai sepasang spoiler gentian karbon pada bahagian hadapan seperti sebuah kereta F1. Kawasaki H2R buat masa ini hanya untuk kegunaan di litar tertutup sahaja dan kami di Moto rasa begitu bertuah apabila mendapat undangan untuk menunggang uji jentera ini di Litar Sepang baru-baru ini. Walaupun hanya dua pusingan trek, ia sudah lebih dari memadai untuk mengesahkan kebuasan tunggangan terbaru Kawasaki ini. Apa yang pasti, pemilik H2 dan H2R sebenarnya menunggang roket dijalanraya.
IMG_7349

Leave a Reply