Kustom: Yamaha SR400 by Abah & Sons Motorworks

DSC_3198 copyMotosikal adalah sebuah kenderaan pilihan dikalangan anak muda, terutama dikawasan bukan bandar. Fenomena merempit sebenarnya cukup menular dikalangan remaja dan pemilik jentera kustom isu ini, Rafiq Syaharom, juga tak ketinggalan seperti remaja-remaja lain di Perlis waktu dulu. Tapi setelah merantau kenegeri orang demi mencari rezeki, minat terhadap motosikal terpaksa dipendamkan. Kesempatan berjumpa dengan rakan baru yang kebetulan meminati motosikal berkuasa tinggi telah membakar semula cintanya dan kini, dia menyelami pula bidang baru, motosikal kustom. Mari kita bersama dengan pemilik Yamaha SR400 yang telah diubahsuai oleh pembina tersohor, Abah & Sons Motorworks.DSC_3175 copy
Berapa umur anda bila pertama kali sedar yang anda meminati motosikal?
Saya mula meminati motsikal sejak dari zaman sekolah menengah, masa umur 15 tahun.  Setelah tamat persekolahan, hobi motosikal telah ditinggalkan. Setelah mula bekerja, minat itu mula kembali setelah pendedahan kepada moto rmula berkembang kerana ada kengkawan yang juga meminati motor, tetapi motor yangg berkuasa tinggi. Sebelum ini minat dan pendedahan saya hanya pada motosikal biasa kerana di Perlis, culture rempit amat kuat. iI you aint a rempit, you aint cool, lebih kurang macam tu la. Hahahahaha. Dulu saya hanya meminati motosikal yang selalunya di ubahsuai pada zaman itu contohnya, Yamaha RXZ dah Honda EX5.

Apa yang mendorong minat ini?
Minat ini bermula dengan pengaruh kengkawan. Seperti biasa. bila seorang dah mula berkecimpung, yang lain pasti mula berminat. Samalah dengan saya.

DSC_3191 copyKenapa pilih motor Yamaha SR400?
Sebenarnya semasa timbul semula cinta pada arena motor saya cenderung kepada motor popular seperti Ducati Monster dan HD Sportster. Motosikal mainstream, bak kata orang. Kemudian saya terjumpa gambar-gambar motosikal lama diubahsuai menjadii cantik. Lebih spesifik, motor Honda Cub. Dari situ minat saya pada scene kustom meluap-luap dan sentiasa mencari info tentang scene kustom. Dahulu semasa zaman rempit, saya hanya berminat dengan pengubahsuaian enjin. Luaran tidak begitu di titik beratkan. Paling kuat pun pengubahsuaian untuk motor kecil seperti Honda C70. Dengan pendedahan baru pada bidang kustom, saya telah mencari dan membeli sebuah motorsikal klasik melalui mudah.my. Honda CG125 adalah motor lama pertama saya dan tidak lama selepas itu, saya diperkenalkan kepada Yamaha SR400 oleh rakan-rakan yang turut berkecimpung dalam bidang ini. Sebelum ni, saya tak pernah tahu pun tentang kewujudan model ini tetapi setelah melihat gambar-gambar motor SR400 yang ada di mudah.my, saya mula tertarik. Berdasarkan penyelidikan, saya dapat tahu yang motor ini boleh dianggap fleksibel dan potensi untuk hala tuju konsep kustom buat SR400 memang tak kesudahan. Tracker, brat, cafe racer, semua gaya boleh. Tepuk dada, tanya selera. Tanpa fikir panjang, langsung saya beli motor tersebut melalui laman web.

DSC_3167 copyApakah konsep yang anda ingin capai dengan projek binaan ini?
Saya suka konsep ygan clean dan simple. Saya lebih menggemari brat style.Saya suka tank yang kosong dengan kosmetik yang minima. Very raw dan basic. Saya tidak suka customization yang terlalu berat atau conceptual.  Saya nak kekalkan the overal vintage look of the bike but adding a few tweaks here and there. It’s the small details that matter.

DSC_3159 copyKenapa anda memilih Abah & Sons sebagai pembina projek? Apa kelebihan mereka berbanding pembina lain di Malaysia?
Its a funny story actually. Sebelum membeli SR400, saya tahu tentang kewujudan Abah and Sons Motorworks sebab saya pernah ternampak kerja mereka semasa sedang membuat research di internet. Tetapi tak pernah tahu dimana lokasi worksyop mereka. Kebetulan saya membeli motosikal itu di KTG Cycles, Cheras dan selepas membeli, saya bertanyakan kepada jurujual di mana boleh saya kustomkan motosikal itu. Dia tunjukkan workshop sebelah, dimana kebetulan ketika itu, ada sebuah lagi SR400 yang sedang diubahsuai. Secara jujurnya, saya memang malas nak mencari dan menyangkakan workshop tersebut dibawa mereka, saya membuat keputusan untuk menghantar ke mereka sahaja. Alangkah terkejutnya apabila diberitahu bahawa worksyop tersebut adalah milik Abah & Sons. Jadi, tujuan sebab saya memilih mereka adalah kerana proksimiti dengan kedai saya beli motor ini. Tetapi setelah berjumpa dan berkenalan dengan the guys, saya mula sedar tentang kepakaran mereka di dalam bidang pengubahsuaian motosikal ini. Malah saya selesa dengan kemesraan yang diberikan. They are a good bunch. Saya banyak belajar in terms of visual berdasarkan input-input yang diberikan oleh members of Abah & Sons.

DSC_3186 copyApa falsafah disebalik pembinaan ini?
Motosikal ini dibina dengan atas konsep yang very clean and basic, raw. Saya tidak suka customization yang terlalu berat atau conceptual. Saya nak kekalkan the overall vintage look of the bike but adding a few tweaks here and there. It,s the small details that matters.

Cuba kongsi dengan pembaca perubahan dan modifikasi yang dilakukan kepada jentera anda? Apa highlight jentera ini yang anda cukup banggakan?
Saya suka the bike as a whole. Saya banggakan keseluruhan look motosikal ini. Modifikasi yang saya lakukan adalah pada bahagian hadapan, di mana bahagian depan motosikal telah dikemaskan seperti speedometer dan lampu hadapan dan dimuatkan dengan custom ignition cover made out of aluminium. Wiring juga dikemaskan untuk that clean look. Seat motosikal juga telah ditukar dan dikustomkan dengan slim tuck roll seat. Untuk ketrampilan Brat, bahagian belakang dipotong dan dimasukkan U-shape tail loop sebagai base untuk memuatkan custom seat itu. Fender belakang turut dikustomkan dan dipasang dengan custom tail light. Bahagian tengah dimodifikasikan dengan air filter. Kotak angin lama dibuang dan dirt cover dipasang untuk rupa yang lebih rugged dan andaikata saya terasa dan bawak off road. Tayar pula digantikan dengan model Firestone untuk rupa yang lebih vintej.

DSC_3164 copyBerapa kos yang terbabit untuk menghasilkan motor kustom ini?
Kos modifikasi dalam RM4,000. Tayar pula tambah lagi seribu.

Adakah anda rasa berpuas hati dengan projek ini atau masih ada ruang untuk penambaikan?
Setakat ini saya amat berpuas hati. Mungkin dalam beberapa tahun lagi saya akan tukarkan handle yang sedia ada kepada clip on handles.

DSC_3166 copyApa yang lebih penting, gaya atau prestasi?
Bagi saya untuk motosikal seperti ini, saya lebihkan kepada kerana saya lebih kepada visual. Prestasi hanya cukup sekadar dengan enjin yang berjalan lancar.

Laju kah jentera ini? Berapa top speed yang pernah anda capai?
Saya masih belum betul-betul cuba tetapi kelajuan tertinggi pernah saya bawak adalah 120km/h

Adakah anda bercadang untuk membina sebuah lagi motosikal kustom?
Ddefinitely, jika boleh saya ingin mendapatkan sebuah motosikal buatan England seperti Triumph untuk projek akan datang.

DSC_3201 copyApa pendapat anda tentang fenomena cafe racer yang semakin menular di Malaysia?
Ini bagus kerana ia dapat dijadikan sebagai platform untuk bakat bakat tempatan mempamerkan kerja mereka. Ia juga boleh dijadikan sebagai sumber ekonomi. The more the merrier kerana baru ada peningkatan dalam takuk industri kustom tempatan kerana persaingan yang sihat. Lagi pun, nilai harga motor lama boleh tahan sikit dan bukan dijual sebagai besi buruk.

Pesanan untuk pembaca yang berminat menceburi scene motosikal kustom.
Find a shop that suits you and go for it. Saya boleh di katakan baru dalam arena ini tetapi dengan the right people to guide and help you, it will be a good and joyful experience. Plus you will make a whole new bunch of friends.

DSC_3197 copy

Leave a Reply