Kustom CCW Tha Heist ‘Trilaki’ oleh Wins Paddock

IMG_3328Motosikal Tha Heist adalah sebuah model Cleveland Cyclewerks yang begitu popular dikalangan pembina kustom diseluruh dunia. Pelbagai bentuk motosikal kustom telah dibina dengan menggunakan jentera Tha Heist yang berkapisiti 250cc ini. Bagaimanapun, kebanyakkannya merupakan kustom dari segi tradisi iaitu samada bobber atau chopper. Tidak ramai yang mencuba gaya yang berbeza. Motosikal Trilaki binaan Wins Paddock dari Indonesia ini ternyata datang dengan gaya dan konsep yang unik sama sekali.
IMG_3353
Motosikal ini karya Beng (Bobeng) dari Purwokerto Indonesia. Ia dibangunkan dengan hanya bermodalkan RM6,000, yang disumbang oleh En. Syed Fakrurrozi dari Cleveland Cyclewerks Malaysia dan Indonesia. Motosikal ini boleh dikatakan berkonsepkan ‘racer’. Kuasa asal 12.5 hp Tha Heist dinaikkan sebanyak 50 peratus dengan pengunaan bahan api hidrogen. Pengunaan hydrogen juga membantu memberi penjimatan bahan api sebanyak 50 peratus juga. Motosikal ini juga memuatkan pengunaan penalaan tanpa magnet yang dibangunkan Hewas Aman, seorang lagenda perlumbaan juga dari Purwokerto.IMG_3316

Dari segi rekabentuk, fairing penuh melitupi seluruh bodywork motosikal ini. Gaya fairing diubahsuai kepada  bentuk café racer moden. Heist merupakan sebuah motosikal yang mempunyai kerangka tegar (rigid). Fork Trilaki menggunakkan fork kustom berbentuk ala-ala Conferate Motorcycles.  Bahan pembinaanya juga agak pelbagai dengan kombinasi besi, carbon, fiber dan aluminium. Imej yang ditonjolkan ialah sebuah motosikal minimalis yang fokus kepada kelajuan. Menunggang motosikal ini merupakan pengalaman yang luar biasa. Walaupun mempunyai kuasa kuda yang relatifnya tidak begitu besar, namun motosikal ini agak berkuasa apabila ditunggang. Kedudukannya juga agresif dan pengendaliannya seperti sebuah motosikal lumba drag. Pendek kata, motosikal Trilaki ini antara pembinaan berasas Heist yang paling luarbiasa di rantau ini.  IMG_3357

Wins Paddock diantara workshop perlumbaan yang tersohor di Purwokerto. Bengkel ini diasaskan pada akhir 2004 dan pada mulanya tertumpu kepada service tune-up dan modifikasi motosikal lumba. Bagaimanapun, dengan trend kustom yang semakin berleluasa di Indonesia, Wins Paddock mula berkecimpung dalam dunia kustom. Wins Paddock mulai membina motosikal berbentuk Vintage, Custom Racing, Street Fighter, Matic Fighter, Duck Fighter, Chopper dan lain lain. Berkat usaha Wins Paddock, pelbagai kejayaan telah diraih. Antaranya termasuk pada tahun 2012, Choppy Cub ciptaannya mendapat ‘runner-up’ di Kustomfest 2012.IMG_3369IMG_3350

Leave a Reply