Monthly Archives: August 2015

Kustom: Yamaha SR400 by Abah & Sons Motorworks

DSC_3198 copyMotosikal adalah sebuah kenderaan pilihan dikalangan anak muda, terutama dikawasan bukan bandar. Fenomena merempit sebenarnya cukup menular dikalangan remaja dan pemilik jentera kustom isu ini, Rafiq Syaharom, juga tak ketinggalan seperti remaja-remaja lain di Perlis waktu dulu. Tapi setelah merantau kenegeri orang demi mencari rezeki, minat terhadap motosikal terpaksa dipendamkan. Kesempatan berjumpa dengan rakan baru yang kebetulan meminati motosikal berkuasa tinggi telah membakar semula cintanya dan kini, dia menyelami pula bidang baru, motosikal kustom. Mari kita bersama dengan pemilik Yamaha SR400 yang telah diubahsuai oleh pembina tersohor, Abah & Sons Motorworks. Continue reading